Posts

KHABAR DARI USTAZAH

 Assalamualaikum semua pembaca, Apa kabar semua? Ustazah baik-baik saje, alhamdulillah. Cuma tak sempat nak menulis di sini kerana kekangan maasa menguruskan hal-hal peribadi dan kelas mengaji.  Sekarang kelas mengaji ustazah berjalan seperti biasa dan murid semakin bertambah. Syukur kepada Yang Maha Esa atas nikmat yang dikurniakan.Kelas tuisyen jawi pun masih ada dijalankan di tempat ustazah.  Ustazah juga ada mengikuti kuliah duha di Masjid Negeri dan bersama kawan-kawan dalam program amal di Kuantan. Kelas mengaji dewasa pun masih diteruskan. Inilah antara aktiviti ustazah pada masa sekarang. Sekian dulu untuk coretan hari ni. Sekejap lagi ustazah ada kelas mengaji dewasa. 

BERTEMU KEMBALI

 Assalamualaikum semua...Sudah lama saya tak masuk blog ni kerasa sibuk dengan tugas-tugas hakiki setiap hari dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Sekarang kita berjumpa dengan bulan Ramadan yang mulia lagi dan syukur pada Allah kerana kita dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Hari ni dah masuk 14 hari kita berpuasa, dah hampir separuh kan.Cepatnya masa berlalu pergi tanpa kita merasainya. Semoga kita dapat menghadapi bulan Ramadan yang mulia ini dengan tabah sehingga ke penghujungnya insha Allah. Saya kini berada di rumah sahaja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya telah bersara dari jawatan hakiki saya pada tahun lepas. Saya memilih untuk bersara awal kerana ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak. Saya juga berkeinginan untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat. Saya memenuhi masa lapang saya dengan mengadakan kelas Al-Quran untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Syukur pada Allah kerana murid-murid saya semakin bertambah setiap hari. Saya be...

KERJA MUSIM CUTI

 Salam persahabatan kepada semua..sudah lama ustazah tak menulis di sini. Cuti sekolah dah lama bermula tapi ustazah sibuk dengan kerja-kerja di rumah dan di kedai. Lepas tu balik kampung lagi, jumpa adik beradik ustazah. Alhamdulillah semua gembira dapat berkumpul ramai-ramai. Jalan-jalan dan makan-makan juga..syukur sangat-sangat. Ustazah juga buat kerja-kerja kebajikan musim cti sekolah dan musim banjir juga ni.Kumpul baju-baju terpakai daripada kawan-kawan dan hantar kepada mangsa-mangsa banjir. Minggu lepas ustazah packing baju-baju terpakai untuk dihantar kepada mereka yang memerlukan. Alahmdulillah, semua dah sampai kepada pihak yang berkenaan.

PROMOSI KEDAI

Image
  Antara servis yang ada kat kedai Ustazah. Boleh lawati kedai saya di Jaya Gading.  Boleh juga wassup no saya 010 9536798.

JOM DATANG KEDAI USTAZAH

Image
  SELAMAT DATANG KE KEDAI USTAZAH DI JAYA GADING.  Ada stok baru masuk minggu ni seperti : 1) Tudung sarung     3) Telekung solat 2) Shawl                   4) Blouse  Jemput lah datang ramai-ramai ke kedai ustazah ya.

AHLAN WASAHLAN

Image
 Ahlan wa sahlan..Selamat datang ke kedai ustazah di Jaya Gading. Kedai buka setiap hari sebelah petang hingga pukul 7.00 malam. Hari Sabtu dan Ahad kedai buka seperti biasa pukul 10.00 pagi hingga 6 .00 petang. Antara aktiviti di kedai ustazah :  - Kelas mengaji (Iqra dan Al-Quran) - Kelas bahasa Arab (sekolah rendah)  - Kelas Jawi  -Kelas bimbingan umrah - Menjual produk kesihatan dan produk sunnah  -Menjual tudung dan busana muslimah. boleh hubungi ustazah : 010 9536798.

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN (1)

1. Bulan kemenangan bagi umat Islam Kemenangan terbesar bagi umat Islam berlaku pada bulan Ramadhan, dalam peperangan Badar Al-Kubra. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 17 Ramadhan pada Hari Jumaat, tahun 2 Hijrah. Tahun ini merupakan tahun pertama umat Islam disyariatka berpuasa pada bulan Ramadhan. Perang ini dianggap kemenangan terbesar kerana jumlah umat Islam yang sedikit pada masa tersebut iaitu seramai 313 orang berjaya menewaskan tentera kafir yang berjumlah 1300 orang.( 1 ) 2. Ganjaran pahala di bulan Ramadhan berlipat kali ganda Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ ال...